LAKSA JOHOR ~~
Bahan2nya:-
500 gms ikan kembung (direbus ambil isinya dan dikisar)
2 liter santan daripada dua biji kelapa
60 ml minyak masak
50 ml air asam jawa
50 gms daun kesum (dikisar)
40 gms udang kering (direndam & dikisar)
Bahan pes:-
2 sudu makan ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
2 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan serbuk cili
Bahan kisar:-
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 sudu teh lada hitam
Bahan Sampingan:-
10 batang kacang panjang (dihiris halus)
10 gms taugeh (dicelur)
6 tangkai daun selom
3 biji telur (direbus & dibelah dua)
3 tangkai daun kesum
2 batang cili merah
1 labu bawang besar (dihiris)
1 biji timun (dipotong nipis memanjang)
sedikit sambal belacan
500 gms spaghetti (direbus sehingga lembut)
Caranya:-
1. Panaskan minyak and tumis bahan kisar sehingga harum.
2. Masukkan bahan pes & kacau sehingga terbit minyak.
3. Masukkan santan & kacau perlahan.
4. Masukkan isi ikan, udang kering & air asam jawa. Selepas beberapa minit masukkan daun kesum.
5. Kacau perlahan & perasakan dgn garam & gula. Biarkan mendidih.
6. Sedia utk dihidang bersama spaghetti yg telah direbus
Selasa, 7 Disember 2010
Laksa johor resepi dri MEM BESAR dri KR FB
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan