BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 6 Disember 2010

baut tempe sendiri (sumber dri my resepi)

Bahan-bahan ( 4 keping tempe )

* 2 cawan kacang soya direndam semalaman
* 2-3 sudu cuka makan
* 1 sudu teh ragi tempe
* 4 keping plastic sandwich ziploc
* 4 cawan air

Cara-cara

1. Kacang soya yg telah direndam semalaman di ramas ramas untuk mengeluarkan kulit dan memecahkan kacang soya (supaya terbelah). Cuba buang sebanyak mungkin kulit kacang soya. Kalau masih tertinggal sedikit tu tak apa.
2. Basuh kacang soya dan masukkan kedalam periuk dengan 4 cawan air dan cuka. Rebus selama 30-40 minit.
3. Toskan kacang soya dan masukkan kembali kedalam periuk tadi. Kacau atas api yang sederhana untuk mengeringkan kacang soya tadi. Kacau selalu jangan bagi hangus. Kacau lebih kurang 5-10 minit.
4. Tuang kacang soya kedalam besen dan biarkan sehingga sejuk.
5. Setelah kacang soya sejuk, masukkan ragi tempe dan kacau dengan senduk yang bersih sehingga rata.
6. Masukkan 2 senduk besar kacang soya kedalam plastic sandwich ziploc tadi dan seal kan. Cucuk beberapa lubang kepada plastic tadi dengan pisau atau lidi.
7.
Tempe
Peramkan di dalam almari atau mana mana tempat yang tertutup dan panas. Saya letak dalam almari dapur saja. Selepas 2-3 hari, siap la tempe tu

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

digital Date-time clock

welcome to my page