BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 7 Disember 2010

Ayam masak mamak resepi dri rinchan fotopages

Ayam masak mamak resepi dri rinchan fotopages

AYAM MASAK MAMAK

Bahan-bahan :
1kg ayam, digoreng dengan sedikit garam dan kunyit.

Bahan-bahan kisar:
10 ulas bwg putih
10 ulas bwg merah
3 biji labu bwg besar
10 tangkai cili kering
Halia

1 camca teh serbuk jintan putih
1 camca teh serbuk sajira..Tak tau apa benda ni, so Rinn ganti dengan 1 sudu besar rempah kari
2 batang serai, dititik
2 pelepah daun kari
1 helai daun pandan, disimpul
Daun pudina, tak bubuh sebab tak ada
3/4 cwn kicap manis
1/4 cwn tomato puri, Rinn guna sos tomato
1sb minyak sapi (option)
1 cwn bwg goreng, ditumbuk halus
sedikit air asam jawa
4 sekawan (bunga lawang/kulit kayu manis/buah pelaga/cengkih)

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan minyak sapi.
2. Tumiskan bahan kisar, 4 sekawan, daun pandan, serai, jintan putih dan rempah kari. Kacau dan biar hingga naik aromanya.
3. Masukkan ayam yg telah digoreng tadi. Kacau terus.
4. Bila dah sebati dan rempah dah naik minyak, tambahkan bwg besar hiris, kicap, daun kari dan biarkan ayam itu empuk sekejap.
5. Masukkan sos tomato, daun pudina dan air asam jawa.
6. *Tambahkan garam secukup rasa.
7. Agak-agak kuah dah mula garing, masukkan bawang goreng yg ditumbuk tadi utk pekatkan kuah. 

Dalam resipi ada mentioned suruh letak garam tapi bila hampir masak dan rinn rasa kuahnya sudah cukup elok, tak perlu letak garam dah. Tetapi kalau kenkawan dan adik-adik mau lebih rasa garam boleh saja letak garam secukup rasa. Memang tipikal rasa resipi mamak macam kat Restoran Nasi Kandar. Sekarang memang hampir tak singgah langsung di restoran mamak..jadi dah ada resipi ni, bolehlah Rinn simpan untuk rujukan dan masak sendiri di rumah.
Kali ni masak agak kering sedikit kerana tak bubuh air rebusan daging seperti masakan daging mamak. Lagipun ayam tu Rinn goreng, bukan direbus.



Kalau ada letak daun pudina mungkin rasanya akan lebih "mamak"..tapi di rumah jarang ada stok daun pudina. Kegunaan kurang kecuali kalau nak buat nasi beriyani. Haaaaaaaa..memang tak sah kalau tak perap ayam tu dengan rempah-rempah dan daun pudina. Ok, selamat mencuba  

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

digital Date-time clock

welcome to my page