BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 7 Disember 2010

Bluberry cheese tart resepi dri noor shahizan mohd said dri FB kongsi resepi

Blueberry Cheese Tart / Tart Keju Blueberi 

Bahan Pastry Tart
60gm gula kaster / gula icing
250gm tepung gandum
130gm mentega sejuk di potong dadu
1 biji kuning telur
1 sudu besar air sejuk
1/2 sudu teh esen vanila/esen badam

Cara-cara
1. Satukan gula kaster dan tepung gandum. Dengan menggunakan hujung jari, ramas mentega sejuk ke dalam adunan tepung sehingga menjadi serbuk roti.
2. Masukkan kuning telur, esen vanila, gaul sebati di ikuti oleh air sejuk (air di tambah jika perlu). Uli hingga menjadi doh yang lembut.
3. Rehatkan di dalam peti sejuk selama 15-20 minit. Ambil sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tart mini. Trim lebihan dibahagian atasnya.
4. Cucuk sedikit dengan garpu dan bakar selama 15 minit pada suhu 160C.
5. Keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu kulit tart.

Cheese Filling
250gm cream cheese (suhu bilik)
60gm gula ising
50gm mentega
1 biji telur
1 sudu besar lemon jus

Filing : Blueberry ( boleh tukarkn dgn filing strawbarry @ kiwi
(Masukkan ke dalam piping bag)

Cara-cara :
1. Pukul cream cheese bersama gula ising, mentega hingga sebati. Masukkan telur, jus lemon putar sekejap hingga adunan sebati dan tidak berketul.
2. Masukkan ke dalam piping bag dan gunting sedikit muncungnya.
3. Ambil kulit tart, pipekan sedikit filling kesukaan di tengahnya dan picit adunan cheese menutupi filling.
4. Untuk corak di atasnya, pipekan sedikit filling atau ambil sedikit cream cheese dan campur dengan sedikit pewarna, pipekan keatasnya kemudian lorek dengan corak kesukaan.
5. Bakar sekejap selama 5-8 minit. Keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

digital Date-time clock

welcome to my page