BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 17 September 2009

hati ayam kicap berempah


hati ayam ni kira 2,3 bulan sekali baru saya masak...tak leh makan selalu pada penghidap darah tinggi macm saya dan hubby ni.tpi memang sedap..resepi ni mak saya yg turunkan ilmu dia pada saya dan anak menantu. kalau sesape nak cuba...silakan,memang sedap.

Bahannya:
1 kilo hati ayam( di goreng separuh masak dulu,masa mengoreng tu tutupkan kuali dngn tutup periuk ke,tutup kukus ke sbb hati ayam ni meletup)
inci halia, inci lengkuas, inci kunyit hidup,3 ulas bawang merah,3 ulas bawang putih,1/2 sudu teh jintan manis,1/2 sudu teh jintan putih,1/2 sudu teh lada hitam@ putih dan 10 biji lada api.( kesemua bahan ni nak lah di blender halus)
2,3 helai daun limau purut dan 2 biji lada besar untuk hiasan
sedikit minyak untuk menumis
garam dan serbuk perasa/gula
5 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram

caranya:

panaskan minyak,tumiskan bahan kisar tadi hingga naik bau dan pecah minyak.masukkan kicap,sos tiram,garam,gula/serbuk perasa dan daun limau purut.dah sebati baru masukkan hati ayam yg telah di goreng tadi,last sekali masukkan lada besar untuk hiasan

KUIH KASUI


Senang je nak wat kuih ni...saya dah kerap sangat wat sampai terlupa nak sukat bahan2nya...sbb selalunya saya main tuang je tepung dan air gula merah.minggu lepas saya cuba pulak sukat sbb nak masukkan dalam blog ni...ok,ni antara bahannya.

bahan2:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air gula merah( di masak dengan 2 cawan air kemudian di tapis agar tak berpasir nk manis +gula pasir)
secubit kapur sirih di bancuh dngan air dlm 3 sudu( klu tak de pun takpe)
1 sudu tepung kanji

caranya:

masukkan kesemua bahan tadi dan di gaul rata..saya hanya guna kan blender je lagi cepat bahan tu sebati dan tak berketul.sebelum tu panaskan kukus dan sapukan sikit minyak kat loyang agar ia tak melekat.gunakan loyang yg kecik sbb bahan di atas tadi untuk adunan yang sikit. kalau nak wat banyak boleh tambahkan bahannya. kemudian kukuslah selama 25 minit sbb tekstur kuih kasui saya ni agak lembut dan adunan saya ni cair sbb anak2 saya suka kuih kasui yg lembut.dahsejuk..salut lah dngn kelapa parut putih yg di + cikit dngn garam.

Sabtu, 12 September 2009

kek coklat


ni lah hasil kek coklat saya...haa...gambar last sekali tu menu bebuka puasa kami sekeluarga,lauk pauk tu jiran yang bagi,ni resepinya..
(resepi ni saya ambil dari blog saya hanisfatihah,kalau sudi layari lah hanisfatihah blogspo...macam2 ada)

bahan2 nya:
250 g ( gram tepung kek coklat (sponge mixid)
175 grm telur gred A (anggaran 5 biji)
75 gram butter/minyak makan(klu butter cairkn dulu dn sejukkn)
50ml air

caranya:
putar tepung kek coklat,telur dan air sampai kembang dalam 15 minit,putar sehala je jgn buat pusingan 8 nanti kek tak naik.kemudian masukkn butter/minyak dan gaul rata dengan senduk.sebelum itu panaskan ketuhar selama 15 minit,manakala loyang di lapis dengan kertas minyak.bakar selama 40 hingga 45 minit..selamat mencuba.
tepung kek ni kebanyakan di jual di bakery kek.

karipap daging


resepi karipap daging (resepi ni saya ambil dari blog lama saya hanisfatihah..kalau sudi sila lawati blog hanisfatihah blogspot)
karipap ni antara kuih kegemaran saya skeluarga,karipap ni petama kali saya buat wktu usia 15 thn sbb dah biasa sangat menolong mak wat untuk meniaga.ni resepi karipap mak saya..cuba lah memang sedap dan rangup. bahan2nya: setengah kilo tepung gandum 1 gelas air suam setengah gelas minyak makan yg telah di panaskan bahan inti: setengah kilo ubi kentang /keledek(di potong dadu) 1 inci halia,2 ulas bwg merah,1 ulas bwg puteh d tumbuk lumat 2 sudu udang kering di tumbuk 1 paket rempah kari ayam/daging sedikit daging di potong halus2 minyak untuk mengoreng garam,gula 2 sudu dan sdikit serbuk perasa (klu suka) caranya: masukkan tepung gandum,minyak panas dan air suam gaul rata hingga bolah di uli dan lembut,klu keras @ lembik tambahkan tepung @ minyak panas jangn tmbah air nanti susah nak kelimkan karipap tu canaikan dan masukkan inti cara membuat intinya: tumiskan halia,bwang yg telah di tumbuk sampai naik bau,masukkan rempah kari kemudian masukkan udang kering yg di tumbuk,daging yang di potong kecil,garam dan gula.masak sampai kering dan sejukkan baru lah boleh mulakan wat karipap selamat mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

digital Date-time clock

welcome to my page