BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 9 Disember 2010

kek coklat kukus dri blog NORMA KITCHEN

KEK COKLAT KUKUS
Sumber: Kak Ummi Kuantan , diambil dari buku masakan Chef Hanieliza. Time kasih pada Kak Ummi dan Kak Liza kerana sudi berkongsi resipi

Bahan A:-
• 1 cawab susu cair 
• 1 cawan air
• 1 cawan mentega cair
• 2 cawan gula perang

Bahan B:-

• 2 cawan tepung gandum
• 1/2 cawan serbuk koko
• 1 sudu teh baking powder
• 1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C (dikacau rata):-
• 1 biji telor
• 1 sudu teh esen vanila

Bahan Krim Coklat (Ganache):-
• 1 cawan susu pekat
• 2 sudu makan serbuk koko
• 2 sudu makan mentega

Cara Membuat Kek:-
1. Panaskan kukusan.
2. Kacau semua bahan A di dalam mangkuk besar supaya sama rata dan sebati.
3. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dengan perlahan-lahan. Kacau rata.
4. Bahan C dipukul sikit dengan garfu dan masukkan ke dalam mangkuk adunan. Kacau lagi supaya adunan tidak bergentel.
5. Lapik loyang dengan kertas baking  dan tuangkan adunan.
6. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana kecil 
7. Hiaskan dengan krim coklat dan taburan chocolate rice.

Cara Membuat Krim Coklat:-
1. Masukkan susu pekat manis dan serbuk koko ke dalam bekas tahan panas. Kacau rata.
2. Panaskan dengan api sederhana. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan mentega dan kacau rata sekali lagi.
4. Tutup api dan kacau lagi hingga sebati.
5. Tunggu hingga sejuk sedikit dan tuangkan di atas kek.


Aku mmg suka buat kek, tapi takut nk guna telor yang banyak, yelah,kalo tak jadi, rugi jer telo tu..baik bagi anak2 makan (telur dadar dll) so..aku mmg suka kumpul koleksi kek dengan telo sebijik dua ni...Dan kek coklat ni dh masuk dalam list Kek Coklat Best !!!

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

digital Date-time clock

welcome to my page