BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 17 September 2009

hati ayam kicap berempah


hati ayam ni kira 2,3 bulan sekali baru saya masak...tak leh makan selalu pada penghidap darah tinggi macm saya dan hubby ni.tpi memang sedap..resepi ni mak saya yg turunkan ilmu dia pada saya dan anak menantu. kalau sesape nak cuba...silakan,memang sedap.

Bahannya:
1 kilo hati ayam( di goreng separuh masak dulu,masa mengoreng tu tutupkan kuali dngn tutup periuk ke,tutup kukus ke sbb hati ayam ni meletup)
inci halia, inci lengkuas, inci kunyit hidup,3 ulas bawang merah,3 ulas bawang putih,1/2 sudu teh jintan manis,1/2 sudu teh jintan putih,1/2 sudu teh lada hitam@ putih dan 10 biji lada api.( kesemua bahan ni nak lah di blender halus)
2,3 helai daun limau purut dan 2 biji lada besar untuk hiasan
sedikit minyak untuk menumis
garam dan serbuk perasa/gula
5 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram

caranya:

panaskan minyak,tumiskan bahan kisar tadi hingga naik bau dan pecah minyak.masukkan kicap,sos tiram,garam,gula/serbuk perasa dan daun limau purut.dah sebati baru masukkan hati ayam yg telah di goreng tadi,last sekali masukkan lada besar untuk hiasan

KUIH KASUI


Senang je nak wat kuih ni...saya dah kerap sangat wat sampai terlupa nak sukat bahan2nya...sbb selalunya saya main tuang je tepung dan air gula merah.minggu lepas saya cuba pulak sukat sbb nak masukkan dalam blog ni...ok,ni antara bahannya.

bahan2:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air gula merah( di masak dengan 2 cawan air kemudian di tapis agar tak berpasir nk manis +gula pasir)
secubit kapur sirih di bancuh dngan air dlm 3 sudu( klu tak de pun takpe)
1 sudu tepung kanji

caranya:

masukkan kesemua bahan tadi dan di gaul rata..saya hanya guna kan blender je lagi cepat bahan tu sebati dan tak berketul.sebelum tu panaskan kukus dan sapukan sikit minyak kat loyang agar ia tak melekat.gunakan loyang yg kecik sbb bahan di atas tadi untuk adunan yang sikit. kalau nak wat banyak boleh tambahkan bahannya. kemudian kukuslah selama 25 minit sbb tekstur kuih kasui saya ni agak lembut dan adunan saya ni cair sbb anak2 saya suka kuih kasui yg lembut.dahsejuk..salut lah dngn kelapa parut putih yg di + cikit dngn garam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

digital Date-time clock

welcome to my page