BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 9 Disember 2010

kek karemal coklat moist resepi dri Lina idris FB KR

karamel:
4-6 sudu gula + 1 sudu air..dimasak hingga cair kekuningan/perang..dah cair tuang terus ke loyang dan biarkan
puding:
500 ml susu kotak/fresh milk/susu cair
70gm gula
4 bijik telur
1 sudu esen vanilla
panaskan susu dan gula hingga gula cair...
pukul telur dan esen vanila.kemudian masukan susu panas tu perlahan2 dan kacau jgn sampai berbuih.dah sebati tuang atas karamel td
kek: diolah dr resepi kek coklat telur sebiji

Bahan A:-
• 1 cawan susu cair
• 1 cawan air
• 1 cawan mentega cair ( lina guna 1 buku butter 250gm)
• 2 cawan gula perang

Bahan B:-
• 2 cawan tepung gandum
• 1/2 cawan serbuk koko
• 1 sudu teh baking powder
• 1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C (dikacau rata):-
• 1 biji telor
• 1 sudu teh esen vanila
semua bhn abc ni akak pukul je guna mixer..hehe..pastu tuang atas adunan puding caramel td..pastu bakat steam bath 40 atau 50 minit..pastikan panaskan oven dulu erkk

kek karemal biskut oreo resepi dri noraini suedeey fb

bhg a,2 sudu bsr gula dihanguskn.
bhg b,1/2 cwn susu cair,
susu pekat manis secukup rasa.
telor merah 3 biji.1 sdk esen vanila.
bhg c,140 tpng naik sendiri.
1 sdk essen vanilla.
45 ml minyak.
135 air.
3 biji telor merah.
11 biji oreo[dibuang kreamnya, diblender kering sampai hancur].masukkn akhir sekali waktu proses kaub balik.]
bhg d,6 biji puteh telor.
1 sdk krem of tartar.
70 gula halus.

caranya:bhn a.msk ats api perlahan sampai gula tu jd perang.[ketepikan]
bhn b,campurkn semua kacau sebati.
masukkn dlm bhg a.kemudian kukus separuh masak.
bhn c,satukn semua bhn kecuali oreo,dan pukul bg kembang sikit.
bhg d,satu kn semua dan pkl sampai jd kembang brtanduk.

masukk bhn c n d adun secara kaub balik, masukkn oreo.lps tu tuang kn kedlm adunan b yg telah dikukus td.
lps tu bakar la cara double boiler.
kalu oven saya 35 mnt dah masak....
seperti biasa sejukkn dulu baru potong.

Dadih agar2..resepi Noralina ZAinab dri FB KR

Bahan2:
1/3 agar2 cap burung layang2 (agar2 tali sepeket digunting kpd 3 bahagian)
6 mug air
1 liter susu UHT plain(kalau wat perisa strawberry n coklat beli jer susu yg telah tersedia)
1 cawan gula (kalau suka manis boleh tambah)
5 sudu besar susu tepung(dibancuh ngan sedikit air panas)(saya guna susu ank jer)
1 camca garam
perasa terpulang pada kita nk buh yg mana,mango,keladi,jagung n sbg nya..(kalau perisa coklat n strawberry kt kedai dh ader jual susu perasa coklat n strawberry)jd tk perlu susah2 letak perasa..

cara2:
masak agar2 hingga larut,masukkan gula n susu UHT,kacau sentiasa bila dh mendidih masukkan susu tepung yg telah dibancuh dgn air panas n masukkn garam.bila dh larut n mendidih leh ar tutup api..n sejukkn dlm bekas kecik2..

puteri mandi resepi dri MEM BESAR fb..

Bahan utk inti:-
1 biji kelapa putih parut (kelapa muda)
400 gms gula melaka (potong kecil2)
2 sudu besar gula pasir
2 ikat pandan leave

Caranya:-
. Gaul kesemua dlm kuali diatas api kecil sampai gula semua hancur.

Bahan tepung:-
1/2 kampet tepung pulut
1/2 kotak santan kara
1 mangkuk kecil air

Caranya:-
. Gaul tepung & santan. Tuang air sedikit demi sedikit hingga tepung dpt dikepal tanpa melekat di tangan.
. Bahagikan kpd beberapa bahagian utk diwarnakan (eg. merah/hijau/putih/kuning dll). Uli sekali lagi.
. Bentukkan adunan bulat2 sebesar duit 20 sen & tekankan sedikit ditengahnya. Bentuk seakan melekuk di tengah.
. Jerangkan air, apabila mendidih masukkan adunan tadi.
Apabila timbul, angkat, toskan and masukkan ke dlm bahan inti tadi sambil digaulkan hingga rata

roti naik dri FB Norwati binti ahmad Badywi


~ROTI NAIK~ANIZAH SHAMSUDIN


BHN2:
11GM SERBUK ROTI MAURIPAN
1 BIJI TELUR
1 TIN SUSU CAIR
2 CWN GULA PASIR
1/2 KILO TEPUNG GANDUM
MAJERIN UTK MENGULI DOH ROTI....
SEDIKIT AIR SUAM (UTK MENCAIRKN SERBUK ROTI)

CARA:
CMPRKN BHN2 SEPERTI SERBUK ROTI,TELUR,SUSU CAIR.GULA PASIR DN SEDIKIT AIR....
GUNAKN TANGAN UTK MENGHANCURKN GULA DI DLM ADUNAN DI ATAS
JGN TERLALU KERAS DOHNYE....LPS TU ULI DOH BERSAMA2 MEJERIN SEHINGGA LEMBUT....
BAHAGIKN KEPADA 2 BHGIAN DN PINTAL DI ANTARA 2 WARNA BERBENTUK BUNGA...SUSUN DLM LOYANG @ BEKAS YG DI SUKAI....
*TGGU DOH ROTI NAIK BARU KUKUS....
*KUKUS SELAMA 1 JAM.......

kek coklat kukus dri blog NORMA KITCHEN

KEK COKLAT KUKUS
Sumber: Kak Ummi Kuantan , diambil dari buku masakan Chef Hanieliza. Time kasih pada Kak Ummi dan Kak Liza kerana sudi berkongsi resipi

Bahan A:-
• 1 cawab susu cair 
• 1 cawan air
• 1 cawan mentega cair
• 2 cawan gula perang

Bahan B:-

• 2 cawan tepung gandum
• 1/2 cawan serbuk koko
• 1 sudu teh baking powder
• 1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C (dikacau rata):-
• 1 biji telor
• 1 sudu teh esen vanila

Bahan Krim Coklat (Ganache):-
• 1 cawan susu pekat
• 2 sudu makan serbuk koko
• 2 sudu makan mentega

Cara Membuat Kek:-
1. Panaskan kukusan.
2. Kacau semua bahan A di dalam mangkuk besar supaya sama rata dan sebati.
3. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dengan perlahan-lahan. Kacau rata.
4. Bahan C dipukul sikit dengan garfu dan masukkan ke dalam mangkuk adunan. Kacau lagi supaya adunan tidak bergentel.
5. Lapik loyang dengan kertas baking  dan tuangkan adunan.
6. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana kecil 
7. Hiaskan dengan krim coklat dan taburan chocolate rice.

Cara Membuat Krim Coklat:-
1. Masukkan susu pekat manis dan serbuk koko ke dalam bekas tahan panas. Kacau rata.
2. Panaskan dengan api sederhana. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan mentega dan kacau rata sekali lagi.
4. Tutup api dan kacau lagi hingga sebati.
5. Tunggu hingga sejuk sedikit dan tuangkan di atas kek.


Aku mmg suka buat kek, tapi takut nk guna telor yang banyak, yelah,kalo tak jadi, rugi jer telo tu..baik bagi anak2 makan (telur dadar dll) so..aku mmg suka kumpul koleksi kek dengan telo sebijik dua ni...Dan kek coklat ni dh masuk dalam list Kek Coklat Best !!!

kuih tepung bunga resepi YZAA LUCKYYZA FB

kuih tepung bunga
Bahan-bahan:
500 gram tepung pulut
3 biji telur ayam
2 cawan air
Gula secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara :

1. Bancuh tepung pulut dengan air hingga membentuk doh. Bentukkan doh sebesar guli dan leperkan .
2. Panaskan minyak dalam kuali. Pecahkan telur dalam bekas dan pukul rata.
3.Celupkan adunan tepung tadi dalam bancuhan telur dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan letakkan di atas tisu untuk menyerap minyak.
4.tabur gula di atsnye

slmt mencube...hihi

Roti manis kismis..resepi dri syikin ainuddin FB

ROTI MANIS

Bahan2:

500g tepung roti
100g gula kastor
20g susu tepung
15g yis
5g bread improver
250g air
1 ct garam
50g mentega
1 biji telur

Caranya:


Campurkan semua bahan kering kecuali garam, gaul sebati.
Masukkan telur, mentega dan garam.
Tuang air sedikit sedikit sehingga menjadi doh. Lajukan sedikit.


Gaul sampai adunan bersatu.

Rehatkan sehingga kembang dua kali ganda.

Tumbuk adunan untuk keluarkan angin, uli semula dan rehatkan lagi.
Ulang proses tadi.

Bulat-bulatkan adunan menjadi saiz kecil.
Bentuk ikut suka.
Atur atas loyang yang telah di lenser, jangan terlalu rapat.

Biarkan kembang, bakar pada suhu 200 darjah.

POP CorN sumber dari MY RESEPI (maaf yek tak ingat name pemilik )

RESIPI POP CORN KEREMEL( SUMBER DRI MYRESIPI)

BHN:

1 SDU BSR MENTEGA
2 SDU BSR MINYAK
JAGUNG KERING SECUKUPNYA

BHN KEREMEL:

1 SDU BSR MENTEGA
3~5 SDU BSR GULA (MENGIKUT SUKATAN JAGUNG)
1 SDU ESEN VANILA (OPTIONAL)

METHOD:

1.PNSKAN MINYAK DAN MENTEGA DLM PERIUK ATAU KUALI
BERTUTUP.MULA2 GUNAKN API YG KUAT UTK PNSKN MYK
(DLM MASA 2 MIN).LPSTU KECILKAN API.

2.MSUKAN JAGUNG MENUTUPI DASAR PERIUK/KUALI TD.TUANG
JAGUNG RATA SAMA PARAS MYK/ MARGERINE YG CAIR TD
TUTUP PERIUK @ KUALI TDI.

3.TUNGGU SEHINGGA BUNYI "POP" KEDENGARAN DGN RANCAK.
BILA BUNYI BERHENTI,CPT2 KELUARKN POP CORN.POP CORN
BOLE DPT PENUH SATU PERIUK.

UTK KEREMEL:

1.CAIRKN MENTEGA DAN GULA HINGGA CAIR BERTUKAR KE
WARNA PERANG.MSUKAN ESEN VANILA(OPTIONAL).

2.BILA GULA BENAR2 CAIR DAN BERTUKAR WARNA KEREMEL..
MATIKAN API.

3.MSUKAN POPCORN DAN GAUL SEKETIKA CPT2.HATI2 SBB
KEREMELTU PNS BOLE MELECUR.

4.HIDANGKN POPCORN DLM BEKAS YG BSR..

* BOLE DIMKN KETIKA BERFB ATAU LAYAN TV CERITA KOREA ....

SELAMAT MENCUBE....SUMBER RESIPI DRI MYRESIPI...TQ

Rabu, 8 Disember 2010

tart telur resepi dri illa azila KR FB

tart telur sebelum d buh kastadnye dn sebelum d bakar..resepi dri illa azila
bhn2

2 cwn tepong gandum
1/4 CWN GULA HALUS
1/2 SUDU BAKING POWDER
1/4 SUDU TEH GARAM
100GM BUTTER
2 BIJI TELOR

BHN FILING

4 BIJI TELOR
1 CWN SUSU CAIR
1/4 CWN GULA HALUS
1 SUDU KECIL TEPONG KASTARD
1/2 SUDU TEH ESEN VANILLA

CARA2NYA

UNTUK BUAT KULITNYA(CRUST)PUKUL BUTTER DAN TELOR HINGGA SEBATI,,MASUKKAN TEPONG GULA,,MASUKKN TEPONG GARAM DAN BAKING POWDER,,ULI DAN MIX HINGGA SEBATI..DAN MENJADI DOH..AMBIL SEDIKIT ADUNAN DAN TERAPKAN KEBEKAS EGG TART DAN DIBAKAR SELAMA 15 MINIT ATAU HINGGA KUNING...LALU BOLE LA DIMASUKKAN ADUNAN FILING(INTI)PULA DAN BAKAR KEMBALI SELAMA 20MINIT,,SUHU 180C...

###UTK INTI##
CAMPURKAN SEMUA BHN,,LALU MIXER HINGGA SEBATI,,BOLE LAA DIMASUKKAN KEDLM CRUST YG DIBAKAR TERLEBIH DULU TD..

mi kari ade ikan sardin dn kerang resepi dri rossitamz MY RESEPI..

  • *** Bahan untuk kuah :
  • 4 sudu besar serbuk kari daging – dibancuh dengan sedikit air / santan
  • 1.5 liter air + 1 kotak santan (200ml) - guna santan fresh pun boleh
  • 1 tin sardin kecil – dikisar sedikit, jangan sampai terlalu hancur (**) - dikisar berasingan dari bahan (*)
  • 500gm ayam – dipotong kecil-kecil (boleh dikurangkan jika terlalu banyak)
  • 4 tangkai daun kari
  • Bunga cengkih & kayu manis secukupnya
  • 1 labu bawang besar – dikisar (*)
  • 6 ulas bawang merah – dikisar (*)
  • 6 ulas bawang putih – dikisar (*)
  • 200gm isi kerang – lebih banyak lebih sedap pada yang suka kerang
  • Fish ball & fish cake secukupnya – dihiris mengikut citarasa
  • 4 keping asam keping / asam gelugur
  • Garam & perasa secukupnya
  • *** Lain-lain bahan & hiasan :
  • 1 kg mee kuning – dicelur sedikit dengan air panas dan toskan
  • Taugeh – dicelur
  • Kacang panjang – dipotong anggaran 1” dan dicelur
  • Tauhu – digoreng dan dihiris mengikut citarasa
  • Telur rebus – boleh guna telur ayam @ telur puyuh
  • Fish cake secukupnya – goreng dan hiris mengikut citarasa
  • Cili merah – dihiris halus
  • Daun bawang & daun sup – dihiris halus
  • Limau kasturi secukupnya - dibelah dua

Cara-cara

  1. Untuk kuah : Tumis daun kari, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Masukkan bahan yang bertanda (*) dan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit santan dan juga ikan sardin yang telah dikisar tadi. Biarkan hingga mendidih.
  4. Masukkan ayam, tambah sikit santan jika perlu, dan masak lagi hingga ayam empuk.
  5. Masukkan pula asam keping baki santan tadi dan masak hingga mendidih.
  6. Akhir sekali masukkan kerang, fish ball, fish cake dan juga garam dan perasa.
  7. Biarkan hingga mendidih. Siap kuahnya...
  8. Cara hidangan : Masukkan mee kuning ke dalam mangkuk, letakkan taugeh, kacang panjang, tauhu, fish cake dan telur rebus di atasnya. Tabur cili merah, daun sup/bawang, perah limau kasturi dan tuang kuah. Siap untuk dimakan!
Mee_kari_bonda

Selasa, 7 Disember 2010

nasi beriyani dn daging beriyani resepi dri mem besar KR FB

kongsi resepi Nasi Briyani / Daging Kambing

Nasi:
2 pot/leng/gayung beras briyani (rendam 1 jam lalu cuci & tos)
1 pot susu cair
1.5 pot air paip
3 simpul daun pandan
secekak daun pudina & daun ketumbar (dihiris)
3 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkeh
4 biji buah pelagag
garam
air mawar
koma2 (ataupun pewarna oren)
minyak sapi

Bahan kisar:-
4 ulas bawang kecil
2 inci halia
3 ulas bawang putih

Caranya:-Tumis bahan kisar hingga wangi & kering sedikit. Campakkan kulit kayu manis, cengkeh & pelaga .Masukkan susu, air & daun pandan
Bila mendidih masukkan beras, daun ketumbar & pudina.
Tunggu hingga air beras kering.
Bila betul2 kering, renjiskan koma2 yg telah direndam dlm air mawar.

DAGING BRIYANI
1 kilo daging 'chop' (mutton/kambing)
2 biji bawang besar (dihiris)
1 biji bawang besar (dimesin)
4 ulas bawang putih (dimesin)
2 inci halia (dimesin)
1 cawan campuran gajus & badam (dimesin juga.. tapi berasingan dgn bawang)
1 cawan rempah briyani
1 sudu makan tairu (optional)
1 tin kecil tomato puree
4 batang lada merah
3 batang lada hijau
2 biji tomato (dihiris)
2 cawan bawang goreng

Caranya:-
- Tumis bawang besar yg dihiris tadi hingga wangi.
- Lalu masukkan bawang besar yg dimesin, bawang putih & halia.
- Tumis hingga keluar minyak.
- Kemudian masukkan daging, rempah briyani, tairu, badam/gajus, tomato puree, tomato hiris, lada merah & hijau.
- Masak hingga agak2 kering & daging empuk.- Kemudian masukkan bawang goreng.

kek gula hangus resepi dri Badariah abdul rahman KR FB

KEK GULA HANGUS @ KEK SARANG LEBAH..
bahan2:
2 cawan gula pasir
1 cawan air masak
3 sdu mkn butter
( buat gula hangus:masuk gula dlm periuk & gaul2kan sampai hncur & perang2,tutup api & masuk kan air& butter)
8 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh bikarbanot
1 esen vanila
1 tin kecil susu pekat

1:ayak tepung & bikarbonat
2Enhanced by Smiley Centralecahkan telur & pukul sekadar berbuih
3:masukkan tepung gandum
(dlm mgkuk lain)
1:masukkan susu & gula hangus & whisk bagi sebati
2:masukkan dalam adunan tepung tadi & gaul sebati
3:alas loyang & griskan & bakar 50minit -180"

Laksa johor resepi dri MEM BESAR dri KR FB

LAKSA JOHOR ~~


Bahan2nya:-
500 gms ikan kembung (direbus ambil isinya dan dikisar)
2 liter santan daripada dua biji kelapa
60 ml minyak masak
50 ml air asam jawa
50 gms daun kesum (dikisar)
40 gms udang kering (direndam & dikisar)

Bahan pes:-
2 sudu makan ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
2 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan serbuk cili

Bahan kisar:-
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 sudu teh lada hitam

Bahan Sampingan:-
10 batang kacang panjang (dihiris halus)
10 gms taugeh (dicelur)
6 tangkai daun selom
3 biji telur (direbus & dibelah dua)
3 tangkai daun kesum
2 batang cili merah
1 labu bawang besar (dihiris)
1 biji timun (dipotong nipis memanjang)
sedikit sambal belacan
500 gms spaghetti (direbus sehingga lembut)

Caranya:-
1. Panaskan minyak and tumis bahan kisar sehingga harum.
2. Masukkan bahan pes & kacau sehingga terbit minyak.
3. Masukkan santan & kacau perlahan.
4. Masukkan isi ikan, udang kering & air asam jawa. Selepas beberapa minit masukkan daun kesum.
5. Kacau perlahan & perasakan dgn garam & gula. Biarkan mendidih.
6. Sedia utk dihidang bersama spaghetti yg telah direbus


sos lada hitam resepi dri acik yarn my resepi

  • 2 sudu butter
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • sebiji bawang besar(potong dadu)
  • sebiji tomato (potong dadu)
  • seketul kiub ayam knors
  • 2 cawan air
  • sedikit kicap pekat
  • sedikit sos cili/sos tomato
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
  • tepung jagung(standby)

Cara-cara

  1. Cairkan butter dengan api kecil.
  2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
  3. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
  4. Masukkan kiub ayam dan kacau.
  5. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
  6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
  7. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
  8. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
  9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
  10. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
  11. Boleh dihidangkan semasa panas.

kuah yong tau fu dri my resepi minami 133

  • 10 tangkai cili kering
  • gula melaka atau kurozato
  • bijan goreng
  • gula(kalau kurang manis)
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
  • sedikit ajinomoto

Cara-cara

  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
  6. P1000911
     masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.
  7. Yongtaufu1Yong_tau_fuImg_6621Dsc07005Yongtaufuu

sambal budu resepi dri tulip 77

  • 8 sb budu ( cap ketereh atau pe2 aje )
  • 4 ulas bawang merah
  • 30 biji cili padi
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 sk garam
  • 2 bj limau sambal

Cara-cara

  1. Dalam lesung batu, masukkan cili padi & garam. Tumbuk sampai lumat, masukkan kunyit hidup & tumbuk lagi.
  2. Kemudian masukkan pula bawang merah, tumbuk kasar2 sikit. Alihkan bhn2 tumbuk ke dalam piring kecil.
  3. Masukkan budu & perahkan asam limau, kacau rata. Siap utk di makan bersama ulam-ulaman :)
Sambal_budu_002

sambal belacan dri resepi yani my resepi

  • 1 cawan cili padi
  • 1/4 cawan gula
  • 1/4 cawan garam
  • 1 sudu besar belacan
  • 1 biji tomato
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1/2 biji lemon diambil airnya
  • Sedikit air masak

Cara-cara

  1. Bakar belacan selama 2 minit atau nampak garing
  2. Masak bawang besar dgn microwave dengan suhu 600w selama 2 minit atau boleh juga dibakar
  3. Kemudian kisar semua bahan-bahan di atas
  4. Siap untuk dihidangknSambal


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

digital Date-time clock

welcome to my page