BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 21 Mac 2010

Resepi nasi minyak

Salam..semua..ni akka amik resepi dri mjlah RASa..penah gak cube tp x dpt la upload gmbr kt sini sbb nasi minyak kakza tak cukop bahan.hhehhehe
kalu sesape nak cube...ambil laa resepi ni..memng menjdi punya..da laah sedap..lawa lak tuh..cume kakza tak dapat nak msokkn gmbar.tak best laa copy paste gmbar resepi orang laen.tu da kira curi hak cipta.hehehehheE

Bahan-bahan:
2 cawan beras
2 cawan air
1/2 cawan susu segar
1 senduk minyak sapi
*2 labu bawang besar (hiris)- guna 1 1/2
*2 ulas bawang putih- tumbuk
*2 cm halia - tumbuk
garam , lada putih, serbuk kunyit
*3 kuntum bunga cengkih, bunga lawang,buah pelaga
*2 in kulit kayu manis

Hiasan
1/4 cawan kismins
1/4 cawan bawang goreng
2 sb gajus atau badam panggang

Cara
1. Panaskan minyak sapi. Tumis * hingga rempah penimis bau wangi.
2. Masukkan beras , kacau sebentar hingga rata. Masukkan air panas, susu, garam, lada putih dan kunyit, tutup periuk dan masak spt biasa.
3. Sebaik sahaja airnya kering, kecilkan api.masukkan kismis dan karih nasi dg perlahan - kismis mama tabur masa hidang
4. Taburkan bahan hiasan masa hidang.

Tip memasak nasi minyak dan beriani yang baik:
1.Sukatan air (tak termasuk susu) adalah sama dengan beras (1:1)
2.Supaya nasi tak mentah, pastikan periuk ditutup rapat agar wapnya tak terlepas. Caranya selepas mengarih nasi, tutup atas periuk dgn aluminium foil dulu,barulah tudung periuk.Kemudian letak pemberat atasnya spt lesung.Jgn dibuka periuk shingga nasi cukup masak.
3.Nasi jgn dikarih berlebihan agar butir beras tidak patah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

digital Date-time clock

welcome to my page