BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 7 Disember 2010

tiramisu buah oren resepi dri yani my resepi

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • ** Krim Tiramisu **
  • 1 biji telur kuning
  • 2 biji telur putih
  • 200g mascarpone cheese
  • 1/2 cwn (100ml) fresh milk
  • 60g gula halus
  • 1/4 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu besar jus oren
  • 5g gelatin + 3 sb air suam (optional)
  • ** Oren dan sirapnya **
  • 2-3 biji oren
  • 1 1/2 sudu besar gula halus
  • 1 1/2 sudu besar jus oren
  • -- 1 biji kek span (boleh rujuk resepi http://myresipi.com/top/detail/29 atau beli kek yg dah siap)

Cara-cara

  1. Oren
     Sediakan oren dan sirap: Buang kulit oren seperti dalam gambar.
  2. Oren1
     Keluarkan isi oren dengan memotong pada setiap ulas oren.
  3. Masukkan gula dan jus oren ke dalam oren. Biarkan lebih kurang 30 minit sebelum digunakan.
  4. Kemudian sediakan pula krim tiramisu : Pukul telur kuning dan gula sehingga nampak keputihan. Kalau nak cepat kembang, masa pukul tu boleh alaskan mangkuk telur ini dengan air panas (70~75c) . Pukul lah sehingga air yg di alas tu menjadi suam.
  5. Kemudian masukkan mascarpone cheese dan esen vanila. Pukul sehingga sebati.
  6. Dalam mangkuk lain, pukul pula fresh milk dan jus oren sehingga berbuih.
  7. Dalam mangkuk lain pula, pukul telur putih dan 30g gula lagi. Pukul sehingga jadi bentuk tanduk bila diangkat.
  8. Campurkan campuran fresh milk dengan campuran mascarpone tadi. Kacau biar sebati. Masukkan pula gelatin yg telah dibancuh dengan air. Kacau lagi.
  9. Masukkan pula telur putih ke dalam mangkuk(dlm step 8). Masukkan 1/3 telur putih-> kacau->1/3 telur putih-> kacau ->1/3 telur putih -> kacau. Jangan kacau kuat-kuat nanti akan hilang buih-buih yg telah terbentuk.
  10. Spancake
     Potong kek setebal 1cm. Susun kek span ke dalam bekas yg sesuai.
  11. Oren
     Letakkan oren dan sirapnya ke atas kek tadi.
  12. Orentiramisu
     Akhir sekali surahkan krim tiramisu ke atasnya.
  13. Sejuk dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

digital Date-time clock

welcome to my page