BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 17 Disember 2010

kek keju blueberry resepi dn gmbr dri nurul 77 my resepi

Bahan-bahan ( Ukuran 7" )

  • 15- 20 keping biskut marie dihancurkan
  • 25- 50g butter dicairkan
  • 2 biji telur
  • 250g Keju Krim (Philadelphia Cream Cheese)
  • 200ml whipping cream (emborg)
  • 90g gula kastor
  • 2 sudu besar (sukatan rata) tepung gandum
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 3/4 cawan blueberry fruit filling
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

  1. Tekan_biskut
     base- Gaulkan biskut dan butter. Kemudian, masukkan ke dalam acuan dan ditekan rata
  2. Masuk_peti
     Masukkan acuan tadi ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
  3. Panas_oven
     Panaskan oven selama 10 minit. Suhu 170 darjah celsius
  4. Blend
     topping- Masukkan 2 biji telur, cream cheese, whipping cream, gula, tepung, dan jus lemon ke dalam blender atau food processor. Blend sehingga sebati. Tetapi, jangan di 'blend' kan terlalu lama kerana tidak mahu memerangkap buih di dalamnya.
  5. Masuk_acuan
     Masukkan ke dalam acuan yang telah disejukkan di dalam peti tadi.
  6. Bakar_kek
     Setelah oven cukup panas, masukkan adunan tadi ke dalam oven dan bakar selama 45 minit.
  7. Sejukkan
     Apabila kek telah masak, sejukkan dulu
  8. Masuk_peti_2
     Apabila kek telah cukup sejuk, ianya hendaklah dimasukkan ke dalam peti ais sekurang- kurangnya 4 jam sebelum boleh dimakan
  9. Sedapnyer
     Kemudian, boleh la hiaskan blueberry fruit filling di atasnya.....

Khamis, 9 Disember 2010

kek karemal coklat moist resepi dri Lina idris FB KR

karamel:
4-6 sudu gula + 1 sudu air..dimasak hingga cair kekuningan/perang..dah cair tuang terus ke loyang dan biarkan
puding:
500 ml susu kotak/fresh milk/susu cair
70gm gula
4 bijik telur
1 sudu esen vanilla
panaskan susu dan gula hingga gula cair...
pukul telur dan esen vanila.kemudian masukan susu panas tu perlahan2 dan kacau jgn sampai berbuih.dah sebati tuang atas karamel td
kek: diolah dr resepi kek coklat telur sebiji

Bahan A:-
• 1 cawan susu cair
• 1 cawan air
• 1 cawan mentega cair ( lina guna 1 buku butter 250gm)
• 2 cawan gula perang

Bahan B:-
• 2 cawan tepung gandum
• 1/2 cawan serbuk koko
• 1 sudu teh baking powder
• 1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C (dikacau rata):-
• 1 biji telor
• 1 sudu teh esen vanila
semua bhn abc ni akak pukul je guna mixer..hehe..pastu tuang atas adunan puding caramel td..pastu bakat steam bath 40 atau 50 minit..pastikan panaskan oven dulu erkk

kek karemal biskut oreo resepi dri noraini suedeey fb

bhg a,2 sudu bsr gula dihanguskn.
bhg b,1/2 cwn susu cair,
susu pekat manis secukup rasa.
telor merah 3 biji.1 sdk esen vanila.
bhg c,140 tpng naik sendiri.
1 sdk essen vanilla.
45 ml minyak.
135 air.
3 biji telor merah.
11 biji oreo[dibuang kreamnya, diblender kering sampai hancur].masukkn akhir sekali waktu proses kaub balik.]
bhg d,6 biji puteh telor.
1 sdk krem of tartar.
70 gula halus.

caranya:bhn a.msk ats api perlahan sampai gula tu jd perang.[ketepikan]
bhn b,campurkn semua kacau sebati.
masukkn dlm bhg a.kemudian kukus separuh masak.
bhn c,satukn semua bhn kecuali oreo,dan pukul bg kembang sikit.
bhg d,satu kn semua dan pkl sampai jd kembang brtanduk.

masukk bhn c n d adun secara kaub balik, masukkn oreo.lps tu tuang kn kedlm adunan b yg telah dikukus td.
lps tu bakar la cara double boiler.
kalu oven saya 35 mnt dah masak....
seperti biasa sejukkn dulu baru potong.

Dadih agar2..resepi Noralina ZAinab dri FB KR

Bahan2:
1/3 agar2 cap burung layang2 (agar2 tali sepeket digunting kpd 3 bahagian)
6 mug air
1 liter susu UHT plain(kalau wat perisa strawberry n coklat beli jer susu yg telah tersedia)
1 cawan gula (kalau suka manis boleh tambah)
5 sudu besar susu tepung(dibancuh ngan sedikit air panas)(saya guna susu ank jer)
1 camca garam
perasa terpulang pada kita nk buh yg mana,mango,keladi,jagung n sbg nya..(kalau perisa coklat n strawberry kt kedai dh ader jual susu perasa coklat n strawberry)jd tk perlu susah2 letak perasa..

cara2:
masak agar2 hingga larut,masukkan gula n susu UHT,kacau sentiasa bila dh mendidih masukkan susu tepung yg telah dibancuh dgn air panas n masukkn garam.bila dh larut n mendidih leh ar tutup api..n sejukkn dlm bekas kecik2..

puteri mandi resepi dri MEM BESAR fb..

Bahan utk inti:-
1 biji kelapa putih parut (kelapa muda)
400 gms gula melaka (potong kecil2)
2 sudu besar gula pasir
2 ikat pandan leave

Caranya:-
. Gaul kesemua dlm kuali diatas api kecil sampai gula semua hancur.

Bahan tepung:-
1/2 kampet tepung pulut
1/2 kotak santan kara
1 mangkuk kecil air

Caranya:-
. Gaul tepung & santan. Tuang air sedikit demi sedikit hingga tepung dpt dikepal tanpa melekat di tangan.
. Bahagikan kpd beberapa bahagian utk diwarnakan (eg. merah/hijau/putih/kuning dll). Uli sekali lagi.
. Bentukkan adunan bulat2 sebesar duit 20 sen & tekankan sedikit ditengahnya. Bentuk seakan melekuk di tengah.
. Jerangkan air, apabila mendidih masukkan adunan tadi.
Apabila timbul, angkat, toskan and masukkan ke dlm bahan inti tadi sambil digaulkan hingga rata

roti naik dri FB Norwati binti ahmad Badywi


~ROTI NAIK~ANIZAH SHAMSUDIN


BHN2:
11GM SERBUK ROTI MAURIPAN
1 BIJI TELUR
1 TIN SUSU CAIR
2 CWN GULA PASIR
1/2 KILO TEPUNG GANDUM
MAJERIN UTK MENGULI DOH ROTI....
SEDIKIT AIR SUAM (UTK MENCAIRKN SERBUK ROTI)

CARA:
CMPRKN BHN2 SEPERTI SERBUK ROTI,TELUR,SUSU CAIR.GULA PASIR DN SEDIKIT AIR....
GUNAKN TANGAN UTK MENGHANCURKN GULA DI DLM ADUNAN DI ATAS
JGN TERLALU KERAS DOHNYE....LPS TU ULI DOH BERSAMA2 MEJERIN SEHINGGA LEMBUT....
BAHAGIKN KEPADA 2 BHGIAN DN PINTAL DI ANTARA 2 WARNA BERBENTUK BUNGA...SUSUN DLM LOYANG @ BEKAS YG DI SUKAI....
*TGGU DOH ROTI NAIK BARU KUKUS....
*KUKUS SELAMA 1 JAM.......

kek coklat kukus dri blog NORMA KITCHEN

KEK COKLAT KUKUS
Sumber: Kak Ummi Kuantan , diambil dari buku masakan Chef Hanieliza. Time kasih pada Kak Ummi dan Kak Liza kerana sudi berkongsi resipi

Bahan A:-
• 1 cawab susu cair 
• 1 cawan air
• 1 cawan mentega cair
• 2 cawan gula perang

Bahan B:-

• 2 cawan tepung gandum
• 1/2 cawan serbuk koko
• 1 sudu teh baking powder
• 1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C (dikacau rata):-
• 1 biji telor
• 1 sudu teh esen vanila

Bahan Krim Coklat (Ganache):-
• 1 cawan susu pekat
• 2 sudu makan serbuk koko
• 2 sudu makan mentega

Cara Membuat Kek:-
1. Panaskan kukusan.
2. Kacau semua bahan A di dalam mangkuk besar supaya sama rata dan sebati.
3. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dengan perlahan-lahan. Kacau rata.
4. Bahan C dipukul sikit dengan garfu dan masukkan ke dalam mangkuk adunan. Kacau lagi supaya adunan tidak bergentel.
5. Lapik loyang dengan kertas baking  dan tuangkan adunan.
6. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana kecil 
7. Hiaskan dengan krim coklat dan taburan chocolate rice.

Cara Membuat Krim Coklat:-
1. Masukkan susu pekat manis dan serbuk koko ke dalam bekas tahan panas. Kacau rata.
2. Panaskan dengan api sederhana. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan mentega dan kacau rata sekali lagi.
4. Tutup api dan kacau lagi hingga sebati.
5. Tunggu hingga sejuk sedikit dan tuangkan di atas kek.


Aku mmg suka buat kek, tapi takut nk guna telor yang banyak, yelah,kalo tak jadi, rugi jer telo tu..baik bagi anak2 makan (telur dadar dll) so..aku mmg suka kumpul koleksi kek dengan telo sebijik dua ni...Dan kek coklat ni dh masuk dalam list Kek Coklat Best !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

digital Date-time clock

welcome to my page