BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 17 Disember 2010

kek keju blueberry resepi dn gmbr dri nurul 77 my resepi

Bahan-bahan ( Ukuran 7" )

  • 15- 20 keping biskut marie dihancurkan
  • 25- 50g butter dicairkan
  • 2 biji telur
  • 250g Keju Krim (Philadelphia Cream Cheese)
  • 200ml whipping cream (emborg)
  • 90g gula kastor
  • 2 sudu besar (sukatan rata) tepung gandum
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 3/4 cawan blueberry fruit filling
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

  1. Tekan_biskut
     base- Gaulkan biskut dan butter. Kemudian, masukkan ke dalam acuan dan ditekan rata
  2. Masuk_peti
     Masukkan acuan tadi ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
  3. Panas_oven
     Panaskan oven selama 10 minit. Suhu 170 darjah celsius
  4. Blend
     topping- Masukkan 2 biji telur, cream cheese, whipping cream, gula, tepung, dan jus lemon ke dalam blender atau food processor. Blend sehingga sebati. Tetapi, jangan di 'blend' kan terlalu lama kerana tidak mahu memerangkap buih di dalamnya.
  5. Masuk_acuan
     Masukkan ke dalam acuan yang telah disejukkan di dalam peti tadi.
  6. Bakar_kek
     Setelah oven cukup panas, masukkan adunan tadi ke dalam oven dan bakar selama 45 minit.
  7. Sejukkan
     Apabila kek telah masak, sejukkan dulu
  8. Masuk_peti_2
     Apabila kek telah cukup sejuk, ianya hendaklah dimasukkan ke dalam peti ais sekurang- kurangnya 4 jam sebelum boleh dimakan
  9. Sedapnyer
     Kemudian, boleh la hiaskan blueberry fruit filling di atasnya.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

digital Date-time clock

welcome to my page