Bahan-bahan :
- 1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
- 4 sudu makan cili giling
- 1 sudu makan serbuk kari ayam
- 2 sudu makan tepung goreng pelbagai guna
- 1 inci halia (ditumbuk)
- 4-5 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 2-3 sudu makan sos tomato
- garam
- 3 sudu besar madu (dibancuh dgn 1/2 cawan air)
- sedikit gula melaka/gula merah/ gula pasir
- sedikit bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)
- Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, garam, serbuk kari, tepung goreng pelbagai guna, 2 sudu makan cili giling dan separuh dp bahan-bahan tumbuk dan perapkan ke dlm peti sejuk selama 30 minit. Kemudian, gorengkan ayam sehingga masak.
- Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis lebihan bahan2 tumbuk dan cili giling td sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, madu dan gula melaka/gula merah/gula pasir. Kacau sebati. (boleh tambah sedikit air jika perlu)
- Kemudian masukkan ayam yg tlh digoreng dan gaulkan rata2. Akhir sekali, masukkan bawang besar.
- Hidangkan panas2 setelah masak.
Read more: http://dayangjack.blogspot.com/#ixzz17O7nDP9m
Under Creative Commons License: Attribution
0 ulasan:
Catat Ulasan