BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 17 September 2009

KUIH KASUI


Senang je nak wat kuih ni...saya dah kerap sangat wat sampai terlupa nak sukat bahan2nya...sbb selalunya saya main tuang je tepung dan air gula merah.minggu lepas saya cuba pulak sukat sbb nak masukkan dalam blog ni...ok,ni antara bahannya.

bahan2:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air gula merah( di masak dengan 2 cawan air kemudian di tapis agar tak berpasir nk manis +gula pasir)
secubit kapur sirih di bancuh dngan air dlm 3 sudu( klu tak de pun takpe)
1 sudu tepung kanji

caranya:

masukkan kesemua bahan tadi dan di gaul rata..saya hanya guna kan blender je lagi cepat bahan tu sebati dan tak berketul.sebelum tu panaskan kukus dan sapukan sikit minyak kat loyang agar ia tak melekat.gunakan loyang yg kecik sbb bahan di atas tadi untuk adunan yang sikit. kalau nak wat banyak boleh tambahkan bahannya. kemudian kukuslah selama 25 minit sbb tekstur kuih kasui saya ni agak lembut dan adunan saya ni cair sbb anak2 saya suka kuih kasui yg lembut.dahsejuk..salut lah dngn kelapa parut putih yg di + cikit dngn garam.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

digital Date-time clock

welcome to my page